Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 18, 2010

Dugaan

Lama betul tak menulis nih. Bz skit sbb byk benda nak diselesaikan. Byk benda nak difikirkan. Kalau Allah s.w.t tak teguhkan Iman, tak beri kekuatan, rasa nak give up, nak menangis pun ada. Macam2 dugaan melanda. Tapi aku cuba kuatkan semangat. Percaya setiap musibah itu ada hikmah disebaliknya. Percaya bahawa Allah s.w.t pasti akan berikan yang lebih baik jika aku sabar dan redha menghadapi dugaannya. Allah s.w.t tak akan menguji hambanya lebih dari apa yang dia mampu.


Hadith
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim)

Huraian
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)
Related Posts with Thumbnails