Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 23, 2010

11 Jenis Manusia yg Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah


Ini dapat dari email..kalu x dipostkan kat blog nih lain kali nak cari susah dah..so better post and senang utk dibaca dan dijadikan amalan serta peringatan

Saturday, February 20, 2010

Kolam Air Panas

Kolam air panas..lama dah dgr kewujudan kolam air panas nih. tp x pernah berkesempatan nak pergi disebabkan ramai yg kata kolam air panas nih selalunye yg pi org lelaki jek dan dibuka waktu malam. so x berani la nak pergi. tapi last 2 weeks, aku, Mr. Hey, teman serumah (kema, fuzah and anis), Mr. Hey anis dan kawan2nye buat perancangan last minit pi ke kolam air panas..

Pada mulanya kami ingt perjalanannye hanya memakan masa 1 jam..pastu jalan punya jalan py jalan (selepas 2 jam)..x sampai2 gak..huhu..siap salah follow kereta org ke tempat yg sunyi..mmg gabra habis la time tuh (kema dah mcm nak nangis dah..hehe..takut hilang x sempat nak kawen).huhu..siap ngan hujannye (sebelum tuh bukan main panas lagi..ttb bl nk pi hujan rahmat plak turun..sejuk skit..sesuai la mandi kat kolam air panas) ingat nak patah balik dah, tp diorg kata dah jauh perjalanan, at least kt smpi skali dan tahu mana tempatnye..so kami pun bergerak la hingga ke destinasi (hampir sesat gak la)..kami bertolak dr penang jam 8.30 malam dan smpi dalam jam 11.30 malam (brapa jam perjalanannye adik2???huhu)..

Sampai jek aku dah xde mood nak mandi sebenarnye..sbb malam sgt..tp bl masuk kwsn kolam air panas tuh, ttb rs tertarik utk mencuba. ramai gak aunty2 yg ada dan tak lah menakutkan sgt..kolamnye yg berasap2 tuh sgt mengujakan esp bg kami yg pertama kali menjejakkn kaki ke tempat tu (kata lainnye..agak jakun la skit..hehe)

Pengalaman yg sgt menarik..memula takut nak masukkan kaki..masuk skit dah rasa mencucuk2.tp kalu dibiarkan lama skit dah jadi kebas dan boleh tahan. then kami pun berendam la dlm 20 - 30 min. x boleh rendam lama sgt. x elok sbb boleh rs pening2, jantung berdegup dgn pantas dan sukar untuk bernafas..mungkin disebabkan perubahan suhu yg mendadak kepada badan mengakibatkan simptom2 tuh terjadi. yg bestnye mandi tp berpeluh2..hehe..

An experience which i will never forget. tak tahu la akan pi lagi ke x sbb jauh sgt dan mungkin sekali pi dah cukup kot..hehe..

p/s:will upload the pic after get it from ms. anis..:)


Restoran Seri Idaman

Restoran Seri Idaman nih baru saja dibuka awal tahun nih. Lama dah usha tempat nih dan memang berniat nak try once diorang dah mulakan perniagaan. Baru2 ni (xde la baru sgt..dlm bulan lepas) aku dgn Mr. Hey pergi la menjenguk restoran seri idaman nih sbb kami dah tak boleh nak pikir nk makan kat mana lg..asik2 tempat yg sama jek pergi..alhamdulillah diorg dah buka dan mulakan bisnes.

<
Antara dekorasi di bahagian luar..cantik..

Sampai jek kami dah impress dgn decoration restoran nih..mmg ada class. Walaupun tak besar mana tp diorg berjaya menarik perhatian warga penang yg lalu di kawasan nih. Location di Sungai Ara, Bayan Baru. Berhadapan dengan restoran Pak Hussein yang sememangnya dah terkenal di kalangan warga penang, amatlah strategik. Pak Hussein sudah mempunyai pelanggannya yg tetap tetapi dgn kewujudan satu lagi restoran yg amat menarik perhatian ini, sangatla boleh menggugat restoran Pak Hussein.



First makanan yg aku order adalah char kuey teow yg sememangnya famous kat penang dan air teh O ais (sbb cuaca panas skang, sangatla sesuai air nih..hehe). Mr. Hey plak order nasi goreng hailam dan teh tarik..char kuey teow dia mmg best, tp still x ble lawan Sani char kuey teow..huhu..nasi goreng hailam dia so so la..xpe2, disebabkan restoran nih masih baru, masih punya masa utk perbaiki..but decoration restoran nih mmg cantik (from my point of view lar) and presentation makanan dia pun ala-ala kat restoran mahal gitu and harga berpatutan.

ni air yg di order utk yg ke-2 kalinye kami pergi..air teh tarik x la plak amik gmbrnye..sbb sama jek suma tmpt..hehe

Nasi goreng hailam

Char Kuey Teow yg best..hmm

Waitress dia suma pakai kot. kemas dan bergaya, tp dgn cuaca yg agak panas, budak2 tu pun bertudung plus kene kejar sana sini..kesian la nengok.huhu..tp yg kagumnya diorg masih bley memberikan senyuman semasa melayan tetamu wpun tau diorg kepanasan..huhu..itu yg penting dan menyebabkan kami pun berkunjung lagi utk yg ke-2 dan ke-3 kalinya..hehe..


Related Posts with Thumbnails