Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 9, 2010

Mak..Kaulah Ratu Hatiku..

Hari nih merupakan hari ibu dan aku hampir2 terlupa wpun dah ingat hari sebelum tuh nak wish. Nasib baik pi jalan2 kat Sunshine Penang, DJ kat situ wish Selamat Hari Ibu dan aku pun apa lagi terus tepon mak and wish..

Kiri: Mak; Kanan: Bakal Mak Mentua

Mungkin bagi kami adik-beradik, hari2 pun hari ibu tp betul gak spt yg dikatakn oleh bliss-ailye..kan lagi best kalu satu hari tu kita kasi spesal skit kat ibu kita. Tak rugi apapun diorng happy lagi. Tp kali ni skali lg aku tak berada di rumah nak celebrate hari ibu nih cuma dapat wish dr telepon jek. Apapun yg penting bagi aku, kena sentiasa doakan dan ingat kat mak dan ayah wpun kita tak berada disamping mereka. Itu adalah hadiah yg paling berharga dan bermakna bagi mereka..


Friday, April 9, 2010

My E-day!!!

First of all...Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan pertunanganku. 27 Mac 2010 menjadi tarikh yg bersejarah buatku dan si dia. Kami di ikatkan dengan satu perjanjian bahawa kami akan disatukan tidak lama lagi dengan izin dariNya. Aku berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan perkahwinan kami. Amin..

Sepatutnya disarungkan ke jari manis tangan kanan..tp sebab berdebar, terhulur la tangan kiri..hehe..

Majlis yang sangat sederhana, tak dapat nak jemput kawan2. Harap kawan2 dapat memahami. InsyaAllah hari perkahwinan akan dijemput. Perancangan nak buat merisik, tapi nampak macam bertunang plak. Orang kata bertunang kena bagi cincin bertakhtakan batu. Tapi aku cuma mintak cincin belah rotan. Pada aku, cincin bukan penentu kebahagiaan pasangan. Ia hanya tanda yang menunjukkan bahawa aku telah berpunya. So, ada batu ke xde ke sama jek.

Malam tu bukan sahaja ingin menyambut hari bersejarah ku, tetapi juga menyambut kepulangan anak buah sulongku, Fawwaz Mirza bin Mohammad Firdaus. Kami buat doa selamat sempena 2 majlis. Alhamdulillah. Malam tu merupakan malam yang penuh bermakna dan akan aku ingat sehingga akhir hayat.


"Ya Allah, jikalau dia yang terbaik untukku, maka Kau permudahkanlah segala urusan kami sehingga kami diijabkabulkan secara sah. Jauhkanlah kami dari maksiat serta godaan syaitan dan berkatilah perhubungan kami. Amin."



Tuesday, February 23, 2010

11 Jenis Manusia yg Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah


Ini dapat dari email..kalu x dipostkan kat blog nih lain kali nak cari susah dah..so better post and senang utk dibaca dan dijadikan amalan serta peringatan

Related Posts with Thumbnails