Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, February 20, 2010

Restoran Seri Idaman

Restoran Seri Idaman nih baru saja dibuka awal tahun nih. Lama dah usha tempat nih dan memang berniat nak try once diorang dah mulakan perniagaan. Baru2 ni (xde la baru sgt..dlm bulan lepas) aku dgn Mr. Hey pergi la menjenguk restoran seri idaman nih sbb kami dah tak boleh nak pikir nk makan kat mana lg..asik2 tempat yg sama jek pergi..alhamdulillah diorg dah buka dan mulakan bisnes.

<
Antara dekorasi di bahagian luar..cantik..

Sampai jek kami dah impress dgn decoration restoran nih..mmg ada class. Walaupun tak besar mana tp diorg berjaya menarik perhatian warga penang yg lalu di kawasan nih. Location di Sungai Ara, Bayan Baru. Berhadapan dengan restoran Pak Hussein yang sememangnya dah terkenal di kalangan warga penang, amatlah strategik. Pak Hussein sudah mempunyai pelanggannya yg tetap tetapi dgn kewujudan satu lagi restoran yg amat menarik perhatian ini, sangatla boleh menggugat restoran Pak Hussein.



First makanan yg aku order adalah char kuey teow yg sememangnya famous kat penang dan air teh O ais (sbb cuaca panas skang, sangatla sesuai air nih..hehe). Mr. Hey plak order nasi goreng hailam dan teh tarik..char kuey teow dia mmg best, tp still x ble lawan Sani char kuey teow..huhu..nasi goreng hailam dia so so la..xpe2, disebabkan restoran nih masih baru, masih punya masa utk perbaiki..but decoration restoran nih mmg cantik (from my point of view lar) and presentation makanan dia pun ala-ala kat restoran mahal gitu and harga berpatutan.

ni air yg di order utk yg ke-2 kalinye kami pergi..air teh tarik x la plak amik gmbrnye..sbb sama jek suma tmpt..hehe

Nasi goreng hailam

Char Kuey Teow yg best..hmm

Waitress dia suma pakai kot. kemas dan bergaya, tp dgn cuaca yg agak panas, budak2 tu pun bertudung plus kene kejar sana sini..kesian la nengok.huhu..tp yg kagumnya diorg masih bley memberikan senyuman semasa melayan tetamu wpun tau diorg kepanasan..huhu..itu yg penting dan menyebabkan kami pun berkunjung lagi utk yg ke-2 dan ke-3 kalinya..hehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails