Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, February 20, 2010

Restoran Seri Idaman

Restoran Seri Idaman nih baru saja dibuka awal tahun nih. Lama dah usha tempat nih dan memang berniat nak try once diorang dah mulakan perniagaan. Baru2 ni (xde la baru sgt..dlm bulan lepas) aku dgn Mr. Hey pergi la menjenguk restoran seri idaman nih sbb kami dah tak boleh nak pikir nk makan kat mana lg..asik2 tempat yg sama jek pergi..alhamdulillah diorg dah buka dan mulakan bisnes.

<
Antara dekorasi di bahagian luar..cantik..

Sampai jek kami dah impress dgn decoration restoran nih..mmg ada class. Walaupun tak besar mana tp diorg berjaya menarik perhatian warga penang yg lalu di kawasan nih. Location di Sungai Ara, Bayan Baru. Berhadapan dengan restoran Pak Hussein yang sememangnya dah terkenal di kalangan warga penang, amatlah strategik. Pak Hussein sudah mempunyai pelanggannya yg tetap tetapi dgn kewujudan satu lagi restoran yg amat menarik perhatian ini, sangatla boleh menggugat restoran Pak Hussein.



First makanan yg aku order adalah char kuey teow yg sememangnya famous kat penang dan air teh O ais (sbb cuaca panas skang, sangatla sesuai air nih..hehe). Mr. Hey plak order nasi goreng hailam dan teh tarik..char kuey teow dia mmg best, tp still x ble lawan Sani char kuey teow..huhu..nasi goreng hailam dia so so la..xpe2, disebabkan restoran nih masih baru, masih punya masa utk perbaiki..but decoration restoran nih mmg cantik (from my point of view lar) and presentation makanan dia pun ala-ala kat restoran mahal gitu and harga berpatutan.

ni air yg di order utk yg ke-2 kalinye kami pergi..air teh tarik x la plak amik gmbrnye..sbb sama jek suma tmpt..hehe

Nasi goreng hailam

Char Kuey Teow yg best..hmm

Waitress dia suma pakai kot. kemas dan bergaya, tp dgn cuaca yg agak panas, budak2 tu pun bertudung plus kene kejar sana sini..kesian la nengok.huhu..tp yg kagumnya diorg masih bley memberikan senyuman semasa melayan tetamu wpun tau diorg kepanasan..huhu..itu yg penting dan menyebabkan kami pun berkunjung lagi utk yg ke-2 dan ke-3 kalinya..hehe..


Sunday, January 10, 2010

Tree Top Walk

Tree Top Walk, world longest's canopy walk (925m). Sangat membanggakan. Pernah tengok tempat nih dalam destinasi bajet rancangan 8tv. Memang dah lama teringin nak pi akhirnya tercapai gak hajat.:). Tempatnya memang sangat cantik. Sungai kat situ, pehh mmg best, sangat jernih dan sejuk.

Tempat nih memang sangat terkenal sebagai pusat rekreasi dikalangan penduduk kat sini. Kitaorg sampai lebih kurang jam 9.30 pagi dan pengunjung dah mula memenuhi tempat nih. Kat sini macam2 aktiviti dia orang sediakan. Kalu nak join aktiviti yang disediakan boleh tempah dan bincang dengan pihak pengurusan kat sana. Tempat tinggal semua disediakan. Memang menarik tapi sebab kami tak rancang pun nak buat semua tu. Ktorg cuma nak berkelah and naik Tree Top Walk.

Saturday, November 21, 2009

streamyx

setelah hampir 5 bln menunggu line internet, akhirnya umah kami dapat gak line. registernye bln 7 tp msknye bln 11..tu pun ujung bln 11.line telefon dah smbung tp internet x dpt2 lg..hmm..communication prob antara pihak TM ngan agent yg promote.pihak agent kata xde port dah kat building kami..so kene tunggu smpi TM psg port baru,then ble msk line internet..kami nih agak bijak IT pun percaya la.huhu.tggu py tggu x msk2..smpi la 5 bln..huhu

dah hampir2 nak cancel line telefon sbb bil makin naik..x pasal2 kene bayar plak. nasib baik akak yg incharge haritu bagus. dia cek n ckp agent da cancel pendaftaran kami.katanye kami yg mintak cancel !@#$%^??? terkezut kami..bl plak mtk cancel??aritu agent kata xde port.kene tggu.hmate dah pernah pergi 2 kali ke TMpoint dan alasan yang sama diberikan..xde port..tggu lagi..pelik??akak tu bgtau xde mslh port ngan building kami..dia pun pelik juga kenapa lama btul kami x dpt line..hmm..

nasib baik akak tu tahu mcm mn nk selesaikan mslh kami yg da tertangguh berbln2.dia buatkan pendaftaran baru dan bagi tenpoh 1 minggu..alhamdulillah janji yg diberikan ditepati..dan akhirnya kami pun dapat line internet nih..dan boleh la aku melaari internet dgn lebey kerap..hehe..
Related Posts with Thumbnails