Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 10, 2011

Alhamdulillah

Hari ini genaplah usia kandungan ku 30 minggu..Semoga Allah beri kesihatan yang baik kepada kandungan ini. AMINN..

Friday, May 6, 2011


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hadith Hari Ini

Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat

Hadith:

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
"Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang".

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian:

• Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya

• Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.

• Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

• Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

• Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Wednesday, April 6, 2011

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat
(yang 5 waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Wednesday, August 18, 2010

Dugaan

Lama betul tak menulis nih. Bz skit sbb byk benda nak diselesaikan. Byk benda nak difikirkan. Kalau Allah s.w.t tak teguhkan Iman, tak beri kekuatan, rasa nak give up, nak menangis pun ada. Macam2 dugaan melanda. Tapi aku cuba kuatkan semangat. Percaya setiap musibah itu ada hikmah disebaliknya. Percaya bahawa Allah s.w.t pasti akan berikan yang lebih baik jika aku sabar dan redha menghadapi dugaannya. Allah s.w.t tak akan menguji hambanya lebih dari apa yang dia mampu.


Hadith
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim)

Huraian
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Sunday, May 9, 2010

Mak..Kaulah Ratu Hatiku..

Hari nih merupakan hari ibu dan aku hampir2 terlupa wpun dah ingat hari sebelum tuh nak wish. Nasib baik pi jalan2 kat Sunshine Penang, DJ kat situ wish Selamat Hari Ibu dan aku pun apa lagi terus tepon mak and wish..

Kiri: Mak; Kanan: Bakal Mak Mentua

Mungkin bagi kami adik-beradik, hari2 pun hari ibu tp betul gak spt yg dikatakn oleh bliss-ailye..kan lagi best kalu satu hari tu kita kasi spesal skit kat ibu kita. Tak rugi apapun diorng happy lagi. Tp kali ni skali lg aku tak berada di rumah nak celebrate hari ibu nih cuma dapat wish dr telepon jek. Apapun yg penting bagi aku, kena sentiasa doakan dan ingat kat mak dan ayah wpun kita tak berada disamping mereka. Itu adalah hadiah yg paling berharga dan bermakna bagi mereka..


Friday, April 9, 2010

My E-day!!!

First of all...Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan pertunanganku. 27 Mac 2010 menjadi tarikh yg bersejarah buatku dan si dia. Kami di ikatkan dengan satu perjanjian bahawa kami akan disatukan tidak lama lagi dengan izin dariNya. Aku berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan perkahwinan kami. Amin..

Sepatutnya disarungkan ke jari manis tangan kanan..tp sebab berdebar, terhulur la tangan kiri..hehe..

Majlis yang sangat sederhana, tak dapat nak jemput kawan2. Harap kawan2 dapat memahami. InsyaAllah hari perkahwinan akan dijemput. Perancangan nak buat merisik, tapi nampak macam bertunang plak. Orang kata bertunang kena bagi cincin bertakhtakan batu. Tapi aku cuma mintak cincin belah rotan. Pada aku, cincin bukan penentu kebahagiaan pasangan. Ia hanya tanda yang menunjukkan bahawa aku telah berpunya. So, ada batu ke xde ke sama jek.

Malam tu bukan sahaja ingin menyambut hari bersejarah ku, tetapi juga menyambut kepulangan anak buah sulongku, Fawwaz Mirza bin Mohammad Firdaus. Kami buat doa selamat sempena 2 majlis. Alhamdulillah. Malam tu merupakan malam yang penuh bermakna dan akan aku ingat sehingga akhir hayat.


"Ya Allah, jikalau dia yang terbaik untukku, maka Kau permudahkanlah segala urusan kami sehingga kami diijabkabulkan secara sah. Jauhkanlah kami dari maksiat serta godaan syaitan dan berkatilah perhubungan kami. Amin."



Tuesday, February 23, 2010

11 Jenis Manusia yg Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah


Ini dapat dari email..kalu x dipostkan kat blog nih lain kali nak cari susah dah..so better post and senang utk dibaca dan dijadikan amalan serta peringatan

Saturday, February 20, 2010

Kolam Air Panas

Kolam air panas..lama dah dgr kewujudan kolam air panas nih. tp x pernah berkesempatan nak pergi disebabkan ramai yg kata kolam air panas nih selalunye yg pi org lelaki jek dan dibuka waktu malam. so x berani la nak pergi. tapi last 2 weeks, aku, Mr. Hey, teman serumah (kema, fuzah and anis), Mr. Hey anis dan kawan2nye buat perancangan last minit pi ke kolam air panas..

Pada mulanya kami ingt perjalanannye hanya memakan masa 1 jam..pastu jalan punya jalan py jalan (selepas 2 jam)..x sampai2 gak..huhu..siap salah follow kereta org ke tempat yg sunyi..mmg gabra habis la time tuh (kema dah mcm nak nangis dah..hehe..takut hilang x sempat nak kawen).huhu..siap ngan hujannye (sebelum tuh bukan main panas lagi..ttb bl nk pi hujan rahmat plak turun..sejuk skit..sesuai la mandi kat kolam air panas) ingat nak patah balik dah, tp diorg kata dah jauh perjalanan, at least kt smpi skali dan tahu mana tempatnye..so kami pun bergerak la hingga ke destinasi (hampir sesat gak la)..kami bertolak dr penang jam 8.30 malam dan smpi dalam jam 11.30 malam (brapa jam perjalanannye adik2???huhu)..

Sampai jek aku dah xde mood nak mandi sebenarnye..sbb malam sgt..tp bl masuk kwsn kolam air panas tuh, ttb rs tertarik utk mencuba. ramai gak aunty2 yg ada dan tak lah menakutkan sgt..kolamnye yg berasap2 tuh sgt mengujakan esp bg kami yg pertama kali menjejakkn kaki ke tempat tu (kata lainnye..agak jakun la skit..hehe)

Pengalaman yg sgt menarik..memula takut nak masukkan kaki..masuk skit dah rasa mencucuk2.tp kalu dibiarkan lama skit dah jadi kebas dan boleh tahan. then kami pun berendam la dlm 20 - 30 min. x boleh rendam lama sgt. x elok sbb boleh rs pening2, jantung berdegup dgn pantas dan sukar untuk bernafas..mungkin disebabkan perubahan suhu yg mendadak kepada badan mengakibatkan simptom2 tuh terjadi. yg bestnye mandi tp berpeluh2..hehe..

An experience which i will never forget. tak tahu la akan pi lagi ke x sbb jauh sgt dan mungkin sekali pi dah cukup kot..hehe..

p/s:will upload the pic after get it from ms. anis..:)


Restoran Seri Idaman

Restoran Seri Idaman nih baru saja dibuka awal tahun nih. Lama dah usha tempat nih dan memang berniat nak try once diorang dah mulakan perniagaan. Baru2 ni (xde la baru sgt..dlm bulan lepas) aku dgn Mr. Hey pergi la menjenguk restoran seri idaman nih sbb kami dah tak boleh nak pikir nk makan kat mana lg..asik2 tempat yg sama jek pergi..alhamdulillah diorg dah buka dan mulakan bisnes.

<
Antara dekorasi di bahagian luar..cantik..

Sampai jek kami dah impress dgn decoration restoran nih..mmg ada class. Walaupun tak besar mana tp diorg berjaya menarik perhatian warga penang yg lalu di kawasan nih. Location di Sungai Ara, Bayan Baru. Berhadapan dengan restoran Pak Hussein yang sememangnya dah terkenal di kalangan warga penang, amatlah strategik. Pak Hussein sudah mempunyai pelanggannya yg tetap tetapi dgn kewujudan satu lagi restoran yg amat menarik perhatian ini, sangatla boleh menggugat restoran Pak Hussein.



First makanan yg aku order adalah char kuey teow yg sememangnya famous kat penang dan air teh O ais (sbb cuaca panas skang, sangatla sesuai air nih..hehe). Mr. Hey plak order nasi goreng hailam dan teh tarik..char kuey teow dia mmg best, tp still x ble lawan Sani char kuey teow..huhu..nasi goreng hailam dia so so la..xpe2, disebabkan restoran nih masih baru, masih punya masa utk perbaiki..but decoration restoran nih mmg cantik (from my point of view lar) and presentation makanan dia pun ala-ala kat restoran mahal gitu and harga berpatutan.

ni air yg di order utk yg ke-2 kalinye kami pergi..air teh tarik x la plak amik gmbrnye..sbb sama jek suma tmpt..hehe

Nasi goreng hailam

Char Kuey Teow yg best..hmm

Waitress dia suma pakai kot. kemas dan bergaya, tp dgn cuaca yg agak panas, budak2 tu pun bertudung plus kene kejar sana sini..kesian la nengok.huhu..tp yg kagumnya diorg masih bley memberikan senyuman semasa melayan tetamu wpun tau diorg kepanasan..huhu..itu yg penting dan menyebabkan kami pun berkunjung lagi utk yg ke-2 dan ke-3 kalinya..hehe..


Sunday, January 10, 2010

Tree Top Walk

Tree Top Walk, world longest's canopy walk (925m). Sangat membanggakan. Pernah tengok tempat nih dalam destinasi bajet rancangan 8tv. Memang dah lama teringin nak pi akhirnya tercapai gak hajat.:). Tempatnya memang sangat cantik. Sungai kat situ, pehh mmg best, sangat jernih dan sejuk.

Tempat nih memang sangat terkenal sebagai pusat rekreasi dikalangan penduduk kat sini. Kitaorg sampai lebih kurang jam 9.30 pagi dan pengunjung dah mula memenuhi tempat nih. Kat sini macam2 aktiviti dia orang sediakan. Kalu nak join aktiviti yang disediakan boleh tempah dan bincang dengan pihak pengurusan kat sana. Tempat tinggal semua disediakan. Memang menarik tapi sebab kami tak rancang pun nak buat semua tu. Ktorg cuma nak berkelah and naik Tree Top Walk.

Saturday, November 21, 2009

streamyx

setelah hampir 5 bln menunggu line internet, akhirnya umah kami dapat gak line. registernye bln 7 tp msknye bln 11..tu pun ujung bln 11.line telefon dah smbung tp internet x dpt2 lg..hmm..communication prob antara pihak TM ngan agent yg promote.pihak agent kata xde port dah kat building kami..so kene tunggu smpi TM psg port baru,then ble msk line internet..kami nih agak bijak IT pun percaya la.huhu.tggu py tggu x msk2..smpi la 5 bln..huhu

dah hampir2 nak cancel line telefon sbb bil makin naik..x pasal2 kene bayar plak. nasib baik akak yg incharge haritu bagus. dia cek n ckp agent da cancel pendaftaran kami.katanye kami yg mintak cancel !@#$%^??? terkezut kami..bl plak mtk cancel??aritu agent kata xde port.kene tggu.hmate dah pernah pergi 2 kali ke TMpoint dan alasan yang sama diberikan..xde port..tggu lagi..pelik??akak tu bgtau xde mslh port ngan building kami..dia pun pelik juga kenapa lama btul kami x dpt line..hmm..

nasib baik akak tu tahu mcm mn nk selesaikan mslh kami yg da tertangguh berbln2.dia buatkan pendaftaran baru dan bagi tenpoh 1 minggu..alhamdulillah janji yg diberikan ditepati..dan akhirnya kami pun dapat line internet nih..dan boleh la aku melaari internet dgn lebey kerap..hehe..

Saturday, November 7, 2009

abah-tanah runtuh-hikmah

4.30pm...
"edah leh tlg amik muza x" abah mtk tolong...
"hmm..ok"...

parents in law kakak aku dtg so abah x dpt nk amik muza kat FRIM..dia ada jamuan mkn.akhir tahun la katakn.budak2 zaman skrg, jamuan da x main da wat kat kelas..nk kena wat kat luar..huhu..aku pun kejut la Mas mtk teman.sbb ingat2 lupa nk ke FRIM.baik pi berdua dr sorg.dlm perjalanan tgk minyak kereta macam nak abis tp sbb x brapa nk jauh so isi kemudian..smpi FRIM, kawan2 Muza nk tumpang.4 org sumanye.

"so akak nk kena hantar kat mana nih".."akak anta ktorg kat sekolah dah la"..smpi kat area batu caves, hujan turun dgn lebatnye..da tau da mesti kene anta budak2 nih smpi umah masing2.teruk la kalu aku hantar smpi sekolah jek.aku pun pi isi myk dlm rm20..

disebabkan aku exit taman melati so aku hantar yg duk kat tmn melati..punya la lebat hujan x tau nk ckp..takut gak.sbb x suka bawa bila hujan lebat2 nih..but kesiankan adik2 nih aku pun beranikan diri hantar..lepas taman melati yg 2 org lagi kat area masjid al-syakirin..n sorg lagi plg jauh kat batu10 (FYI..batu10 tu da hampir ngan muzium org asli, hospital org asli..)so maknanye agak jauh ke dlm la..

5.05pm..
dlm perjalanan ke batu10 tuh aku bertawakal kat Allah n sentiasa doa agar perjalanan kami selamat smpi ke umah dia..air penuh atas jalan..aku redah.dlm hati risau air masuk enjin. stuck plak kete nih(dah la auto)..tp aku teruskan sbb aku xnak adik tu rs bersalah sbb aku terpaksa meredah air yg bertakung atas jalan..ngan ujan lebatnya lg..alhamdulillah smpi kami ke umah dia..lepas dia turun aku pun ke depan skit berhenti n bertekad nak telefon abah..aku tau adik2 aku pun risau...

5.15pm..
abah suruh tunggu dlm 30min lg tgk reda x hujan..aku pun yg menurut perintah..x smpi 5min abah kol "tunggu situ, abah dtg ngan abg long ko" terharu..abah xkan biarkan anak2 dia(3 org plak tuh)..kami pun tggu la(sambil makan coklat ZIP..muza dpt hadiah)..agak lama la abah nk smpi,kalu ikutkan xlah jauh mn..aku pun kol.."abah mana??".."abah tgh jalan kaki nih..jalan jam..abg long xleh bawa masuk kereta, ada tanah runtuh n pokok tumbang"...Ya Allah..terkejutnya aku x terkata.terus macam2 kuar dlm kepala aku.."kalu aku xkol n terus patah balik..adakah???"..nauzubillah..berdebarnya kami kat dlm kete memikirkan abah yg berjalan dalam hujan nak dapatkan ktorg(kasih seorg lelaki yg bernama abah).."jom kt gerak skit ke belakang tgk kot2 leh nmpk abah"..

5.45pm..
alhamdulillah seorang hamba Allah yg baik hati tumpangkan abah smpi ke kete kami(semoga Allah merahmati dia)..leganya rasa..abah pun citer la situasi kat jalan td...abah ckp pokok besar tumbang dan betul2 block jalan pi n blk..abah terpaksa panjat pokok tuh nk smpi ke sebelah sini..aku dpt tau pokok tuh tumbang n tarik kabel TNB skali.bahayanye..elektrik+air, bayangkanlah.nauzubillah..org da halang abah pi sbb bahaya tp dia pi gak..huhuhu.alhamdulillah dia selamat..syukur..so kami berempat pun tunggu la kat area surau sbb nk solat asar n kalu pokok x dialih lagi kami tggu maghrib trus..dalam menunggu, ramai org yg berjalan dr arah kejadian tanah runtuh tuh.munkin penduduk yg gunakan bas sebagai transport ambil inisiatif utk berjalan ke rumah masing2..agak jauh jugak la diorg jalan dr tempat kejadian..ada la dlm 3-4km..huhu..(ada gak terfikir nak masuk dlm lg menghala ke bentong n kuar kat karak tp risau plak kalu ada tanah runtuh gak..so kami pun ambil keputusan utk stay (minyak pun bukan isi byk)

7.05pm..
x lma kemudian, org kata jalan da bukak n boleh keluar..syukurnya x terhingga...kami pun bertolak.byk kete dr arah bertentangan dilepaskan..kene la bersabar tunggu turn..lori dan bas x dilepaskan sbb pokok yg dipotong hanya muat untuk kenderaan biasa je lalu...ada plak lori kecik terheret kereta perdana..habis pecah side mirror n kemek bahagian sebelah pemandu..satu2 kejadian yg jadi ari nih...

dalam perjalanan pulang aku bermuhasabah diri..Allah panjangkan umur kami berempat(mungkin Allah memberi ruang kepada kami untuk bertaubat kepadaNya).syukur Allah gerakkan hati aku untuk tidak meneruskan perjalanan (ada hikmah disebaliknya)..syukurnya aku dikurniakan seorang ayah yg sangat mengasihi anak2nya (aku berdoa agar aku akan mengasihinya sepertinya dan dijauhkan dari sifat2 seorang anak derhaka..amin)..aku sangat bersyukur kepadaNya..Alhamdulillah

7.30pm..
home sweet home...alhamdulillah ktorg smpi ngan selamat..semuanya dgn izin Allah..leganya rasa..aku ckp ngan adik2 aku, lepas nih kalu nk hantar kawan2 korang boleh tapi kalu hujan lebat kt tunggu smpi hujan reda then br hantar.pastikan minyak kereta ada..

"muza, perjalanan amik ko n hantar kawan2 ko, akak da boleh sampai ke penang dah..hehehe"sj mengusik muza...:)

Friday, September 4, 2009

..Johnny's..

semalam aku ngan housemate pi berbuka di Johnny's Steamboat Restaurant kat Queensbay.1st time pi mkn tmpt nih.kalu diberi pilihan, johnny's nih bkn la dlm list..tp disbbkn ni program mkn bersama hmate, so ok la.ada peluang merasa mknn dia..

ktorg order steamboat.harge dlm RM30 gitu.order gak mknn lain memandangkan steamboat ni org kata celah gigi je dia pi..sbb aku suka nenas so aku order 'fried pineapple rice'. rs dia ok jek.nenas skit je dlm tuh tp yg byk kulit bawang putih.huhuh.hmate yg lain ada order 'spinach mee' (kot nama dia..x hingat la..).rupa agak pelik (warna hijau) tp sedap gak la..rs mcm maggi goreng..huhu..harga boleh tahan..ada yg order mihun tomyam..pastu deserts dia pun ok la..secara keseluruhan ok la makanan dia..tp yg ptg ktorg suma enjoy n mknn suma habis...*wink*
ni la hosemate aku..act ada sorg lg tp dia x dpt ikut..namanye erny.yg lain2 tuh dr kiri anis, noji, aku, mahfuzah, kema dan yg duduk kat bawah tuh yan..sblm balik kena la amik gmbr buat kenang2an..:)..tukang menangkap gambar nih amir namanye,bf c'anis..

Tuesday, September 1, 2009

kuih lapis dan karipap

semlm ktorg (me,anis & erny) nk buat kuih sbb bosan duk umah.erny kata nk buat karipap pusing.gmbr kat bwh nih sebahagian cara2 nak buat karipap..dlm byk2 tuh cuba teka mana satu aku buat..hehe..aku n anis lak xtau nk wat apa.memula nk wat kuih buah melaka but then salah beli tepung (tepung beras) so terpaksa la ktorg cari kuih yg berasaskan tepung beras.duk belek majalah jumpala kuih lapis punya resepi.nampak senang dan bahan2 suma ada.then ktorg pun mula la keluarkan bahan2.aku ckp ngan c'anis.."kt cuba wat separuh jek" tp dia ngan penuh yakin kata "xpe,kalu kt da pandai masak mesti leh buatnye"..aku pun ok je la sbb bdk kecik ni pandai msk skit.so consider chep yg buat la.

ktorg pun mula la mencampurkan bahan2 mengikut resepi yg diberikan..kuih nih perlu dikukus, disbbkn ktorg xde pengukus ktorg gunakan brg2 yg ada kat dapur tuh.kira kreatip abisla.lepas sedia suma, ktorg pun mulakan proses mengukus.rasa suma pun tau yg kuih lapis ni perlu buat selapis demi selapis.nama pun kuih lapiskan.so dgn sabar ktorg pun buatla..menurut kata buku resepi hanya 15 min diperlukan utk menyiapkan kuih nih.itu salah satu sbb kenapa ktorg pilih nk buat kuih nih..huhu.tuang,tunggu, tuang,tunggu..dan smpi la beberapa lapis aku x tahan nak tunggu lagi da.aku pun stop dan tutup api.dr 15 min kuih nih da makan masa dekat 3 1/2 jam utk disiapkan.haha. dan hasilnya sgtla tidak memuaskan.dr segi rupa ada la nampak selapis2 tuh, siap ble tarik satu2 tp rsnye. *&#@*!&#%..huhu .oleh sbb x jd so malas nak mik gmbr(lupa sbnrrnye..hehe)..mungkin kesilapan ktorg sbb ada ubah2 skit resepi dia..resepi suruh letak satu liter santan, ktorg guna santan paket 200mL tmbh air..resepi suruh pakai serbuk agar2,ktorg guna agar2 yang pjg2 tuh then larut dlm air..mungkin ble pakai bhn2 nih tp sbb ktorg mmg x pernah ada pengalaman buat kuih nih so mmg x dpt nk verified sama ada adunan tu da menjadi ke tidak..tp xpe la..ia mmberikan ktorg pengalaman yg ble diceritakan pada anak cucu nanti..:)

Friday, August 28, 2009

kakakku kawen

kejadian nih pun da lama berlaku 3 bln yg lepas dimana tarikh kejadian adalah 29 & 30 mei 2009..yan(my sis) diijabkabulkan dgn pasangan pilihan hatinya di Masjid Syakirin, Gombak..mula2 nk tema coklat gold..ttb ms ari nikah ktorg pakai ala2 ijau gitu.hehe.lari langsung temanye.tp ms kenduri tetap ikut tema cuma coklat tu jd cream.huhu..

bkn abg long jek berdebar2, abah pun tgh berdebar2 tuh sebenarnya..mana taknya 1st time nak kawen kan anak..hehe


gmbr kami adik-bradik dgn abg long..

actually ktorg ada 2 jek bunga mangga tuh pastu b4 pengantin smpi ktorg letak satu kat simpang nak masuk ke perkarangan dewan sbb takut org tak jumpa dewan tu sbb kene msk dalam skit..akak kami nk juga dia diarak dgn bunga mangga,katanya meriah skit.ktorg kata pakai satu da la.hehe.kes malas punya pasal la nih.then kakak kesayangan kami tu cam da x seronok, ktorg pun cabutla bunga mangga tuh n mintak pakcik RELA tolong tunjukkan dewan kat tetamu yg dtg..so dptla gak dia diarak dgn 2 bunga mangga..so lepas nih kene buat lebih skit bunga mangga..:)


yg silat ni plak abah yg nak..

gmbr kenangan kami 2 buah keluarga...

Thursday, August 27, 2009

kenangan indah

actually kejadian nih da berlaku lebih kurang..oopss bkn lebih kurang tp exactly 3 bln yg lepas iaitu pada 26 mei 2009 dan disebabkan aku x update blog lama,so blog baru la tempatnya skrg.ia merupakan ari bersejarah bg aku, yanie dan midah dimana kami ber3 secara rasminya telah dianugerahkan ijazah sarjana sains yg telah lama kami idam2kan(bagi c'hazrina..ari bersejarah dia lebey awal..senior la katakan..hehe)aku bersyukur sgt2 sebab segala titik peluh selama hampir 3 thn akhirnya memberikan hasilnya.amin..

tp yg sedihnya aritu cuma mak, abah dan yan(kakak gue) je yg ble dtg sbbnye adik2 yg lain suma ada hal.huhu..billa ada induksi, muhammad kat matrix, mas n zaffar masing2 ada exam pertengahan thn.


memula ingt nk anta da jubah tp bl pikir2 balik bkn senang nk amik gmbr lagi so jdnye simpan la jubah nih seminggu lg sbb nk tunggu suma org ada kat umah.yg bestnya kami amik gmbr sehari selepas kenduri kakak aku so kiranye gmbr nih bkn sempena aku graduate jek tp skali ngan bergambar bersama pengantin baru...sukee...(gmbr pertama abg ipar ngan famili)

Wednesday, August 26, 2009

kerabu nangka

pejam celik pejam celik da msk ari ke-5 umat Islam berpuasa.Alhamdulillah aku pun berjaya puasa setakat nih.ini pertama kali aku berpuasa di Pulau Pinang dan sangat2 la bersyukur kerana aku tinggal dikalangan org2 yg suka memasak..hehe..budak rumah suma 'terer' msk..mskn yg xpenah aku mkn pun diorg pandai msk..

smlm salah sorg hmate (noji namanye) masak kerabu nangka.kalu diberi pilihan lauk kat kedai makan konpem lauk ni aku x amik punya sbbnya warna putih.mcm alal pelik gitu.huhu.tp disbbkn semlm adik noji da msk so amik peluang la nak rasa..rasanya sgt boleh diterima akal dan aku suka..ada lg lauk lain tp ni lauk yg 1st time aku makan..bg org pantai timur maybe lauk nih da menjadi kebiasaan..:)...

ini la dia rupanye kerabu nangka..tp nih upload dr internet..sbb lupa nk aik gmbr..apapun sama jek rupanye..

permulaan

menulis bukanlah satu bidang yang aku suka sebab nak menulis ni memerlukan idea dan pandai mengolah ayat.itu adalah salah satu kelemahan diri..mengolah idea2 yang ada dlm kepala nih..tp xpela..aku sekadar ingin berkongsi pengalaman yang dilalui..dan mungkin ini adalah satu permulaan yang baik untuk aku menjana bakat yang terpendam dalam diri nih..eceh..
Related Posts with Thumbnails